Bukan Yang Terbaik

30.11.2018

Genap enam bulan aku dan dia tiada apa-apa ikatan, terlerai atas asbab dia yang membuat keputusan untuk memutuskan ikatan. 

Pada dasarnya jauh di lubuk hati, ia memang menyakitkan. Apatah lagi alasan diberikan tidak masuk akal. Tapi aku harus menerima segalanya dengan hati yang terbuka. 

Selepas memutuskan ikatan denganku berita dia bertunang dengan gadis lain, 3 bulan selepas kejadian dia memutuskan ikatan denganku. Minda dan hati cuba untuk bersangka baik dengan melafazkan "Jodoh dia dengan gadis lain". 

Keluarganya masih beranggapan negatif terhadap diriku sehingga kini, tapi aku yakin ALLAH yang berkuasa menunjukkan kebenaran kepada keluarganya. 

Siang malam silih berganti, doaku pada YANG MAHA ESA moga aku terus kuat dan tabah mengharunginya. 

Mungkin allah berikan aku jawapan bahawa dia bukan lelaki yang ditakdirkan untukku menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri. 

Kini enam bulan selepas ketiadaan dia dalam hidupku, Allah gantikan kegembiraan buat diriku dan ibuku menjalani kehidupan. 

Peraturan dan perancangan ALLAH MAHA HEBAT. Sesungguhnya kita sebagai khalifah hanya mampu merancang, dan bertawakal adalah jalan yang terbaik. 

Teruskan berdoa, kerana ALLAH mendengar doa hambanya.



Comments

Popular Posts