Bertudung putih,berbaju putih dan berkain biru...Bersisir rambut rapi,berbaju putih dan berseluar biru...
Bertudung Putih/bersisir rambut dgn rapi
Berbaju Putih...
Berkain/Berseluar biru tua dan terang...
Satu kenangan yang sering kali bermain dalam minda ku,
tentang zaman yang di kenali sebagai "REMAJA"...
mana tidaknya masa itulah untuk mencari identiti diri...
masa untuk mengenali erti 'Kebebasan,Kemewahan,Keseronokkan, dan Percintaan'
Di situ akan wujudnya istilah ' Kawan sejati,kawan karib,kawan sekepala,kawan sehidup dan semati,serta perlbagai lagi gelaran kawan yang diberikan'
Mana tidaknya kawanlah yang banyak mempengaruhi kite sewaktu zaman berbaju putih dan berkain/berseluar biru ini., hampir 7 jam bersama kawan itu pun kalo tidak ada kelas tambahan,. Tapi kalau ada kelas tambahan hampir 8-9 jam masa diperuntukkan untuk bersama kawan di sekolah...
Masa itu kawan adalah keluarga yang paling rapat...hampir segala rahsia dan jalan cerita sebagai REMAJA di kongsi bersama..kononnya dialah yang memahami kite sepenuhnya...
Saat itu ibu bapa dan keluarga sering di pandang sepi., al maklumlah saat itu ibu bapa terlalu percayakan anak (hanya segelintir) dan ad jua ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai sahabat untuk anak-anak..(mak aku dialah kawan dan dialah guru saat aku alami dunia bertudung putih,berbaju putih dan berkain biru)...
Guru atau acap kali menerima panggilan cikgu...
dialah insan yang berhak ke atas kite masa di sekolah,
dialah ibu dan ayah kite,dialah jua yang membentuk displin dan tingkah laku serta kepintaran kite untuk menjadi insan yang berguna...
bila bersoal tentang displin...guru displin salu menjadi 'Mangsa' anak murid yang kerap melakukan masalah displin.,(tapi aku tidak...hehehe :P )
ini kerana setiap kesalahan pasti akan menerima 'Habuan'nya...itulah hadiahnya, yang masih sudi menjadikan ia sebagai pengajaran atau sebaliknya...
Zaman sekolah adalah paling tepat bagi insan yang pernah mengalami bertudung putih/sisir rambut dgn rapi,berbaju putih dan berkain/berseluar biru...
Zaman penuh dengan perlbagai cabaran dan dugaan...
mana taknya di situlah terletak 10001 perkara yg bermain di minda...
Kalau alpa sedikit pasti akn susah untuk mengundur diri
Kalau khayal akan dunia sendiri masa itu terkapai-kapai untuk sedarkan diri
Kalau 'rajin' sedikit sebanyak akan menjuruskan result yang 'sempurna' di mata sendiri...
Kalau 'malas' sedikit sebanyak akan mendapatkan result yang cukup 'terbaekkkk' di mata sendiri,ibu bapa dan jua guru...
Saat ini belajar pon malas ( aku pon..hehe...)
Saat ini hanya ingat main,dan enjoy...
Saat ini tak pernah terfikir akan masa depan dan dunia yang mencabar akan datang...
Saat ini hanya fikirkan keseronokkan menghadap dunia remaja yang kononnya tak perlu bebankan fikiran pikirkan soal masa depan...
“Okay semua kita akan mula belajar...buka buku sejarah muka surat 45” cikgu
“alahai,kenapalah sejarah waktu pagi-pagi nie... ( bg aku tak kisahlah pagi ke,lps rehat ke,masa terakhir sebelum balik...akan ttp ramai yg bersungut BAB SEJARAH...hehe,aku pon dulu mcm 2 :P ) - murid
“”morning, open a text book english / MUET page 31” teacher
“aduh...english...”-murid
“Assalamualaikum...hari nie ustazah / ustaz nak ajar bab perkawinan” ustazah/ustaz
“Yes ! bab nie lah yang excited nak belajar...macam tahu-tahu jew ustazah/ustaz nie” ( haha :p gatal....kalau bab tajwid paling malaskan !) –murid
“Dah makan semua? Okay hari ini cikgu nak ajar Karangan dan Kesalahan Tatabahasa pada kamu semua...buka buku karangan muka surat 81 bab syarahan dan buku latihan kesalahan tatabahasa” cikgu
“nie aku lemau,tak habis-habis karangan dengan kesalahan tatabahasa...belajarlah bab lain...”(masa tu tak dew kesedaran akan pentingnya BM nie pada kite akan datang)-murid
“sila ambil seorang satu helain kertas latihan untuk awk semua sebelum menjelang peperiksaan..anggap ini sebagai latih tubi...saya telah sediakn formula sekali,hantar sebelum kelas tamat” cikgu
“apasal sekarang waktu math? Nie lagi 1 bab aku malas nie., ...kira-kira lak., alahai, dah lah aku nie jarang buat excersie..arh...buat jew..salah betol belakang cite” ( ini bg SUDI gak buat)-murid
“semua dah ada.? Kita akan adakan experiment untuk peka awak semua dan selepas itu kita akan belajar bab atom dan ank2nya...faham? .” cikgu
“Faham cikgu...Peka? experiment? Tang experiment aku suka buat nie dalam kumpulan...kan kwn-kwn semua...tang stdy bab atom 2 yang aku malas” –murid
( saya amak subjek yang penting jew )
Masa ini buku teks,latihan dan rujukan salu buat sambil lewa., pandang pon sudi tak sudi jew nak sentuh...
Nie lah dinamakan zaman REMAJA...tak faham akan masa hadapan dan identiti diri., semua pernah alaminya kan? Tapi sama ad dialog di atas itu tidak sama sekali seperti itu atau sama
sekali seperti itu.,
Masa dulu terletak pilihan untuk berjaya masa akan datang dengan memakai tudung putih/sisir rambut dgn rapi ,berbaju putih dan berkain/berseluar biru tak nak rebut peluang untuk menjadi pelajar terbaik dan masa hadapan yang cerah pilih untuk menjadi pelajar ‘Hot dan cantik’...(sekarang..???)
Masa dulu disuruh buat perhintungan belajar atau bercinta...(masa tu ikut nafsu bukan syg) pilih cinta dan abaikan ilmu...bila pikir sekarang ( baik aku pilih ilmu...kan3? hehe ) cerah masa hadapan aku dgn ilmu berbanding cinta...
Masa dulu suruh belajar bersungguh-sungguh pilih sms ‘boypren’ bersungguh-sungguh...akhirnya....
Masa dulu suruh rajin bangun malam belajar dan lakukan solat sunat lebih rela tidur jew...(bila pikir balik,ad betolnya kan )
Masa dulu suruh cari kawan yang membantu dalam pelajaran dan tingkah laku yang sopan, tapi tak kan...sebab menganggagap mereka yang hanya tahu belajar dan tak bersosial sebagai ‘skema’ konon...pilih yang ajar ponteng kelas,ponteng sekolah,cinta,kejar lelaki/perempuan,dan lain2 lagi..(sekarang kawan mana yang baik? Skema atau sosial? Mana yg berjaya masuk U, skema atau sosial?...tp ad jew kan pelajar yg sosial berjaya...)
Bila fikir kan balik zaman bertudung putih/sisir rambu dgn rapi,berbaju putih dan berkain/berseluar biru ini banyak mencorakkan kenangan serta melahirkan kerinduan akan telatah zaman REMAJA yang masih belum matang dan masih mencari identiti diri..
Inilah alam persekolahan...
Zaman mengambil peperiksaan terpenting dalam hidup...
Dari tangga UPSR, naik ke PMR, kemudian SPM, seterusnya STPM,...
Uniform itulah yang tersarung di badan dan kepala selama 7 tahun (sampai STPM)
Terlekatnya lencana sekolah dan nama sendiri di tudung..( STPM pakai kad matrik)
Beruniform lengkap...
Bertudung putih/bersisir rapi rambut
Berbaju putih
Berkain/berseluar biru tua (zmn sekolah rendah)
Berkain/berseluar biru terang (zmn sekolah menengah)
Berkasut putih
Beg sekolah dibahu
Berjalan menuju kejayaan mendatang
Berazam akan menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat.
Jadikan perkara yg lepas sebagai REMAJA yang masih mentah sebagai zaman sejarah yang mengajar kite menjadi yang lebih dewasa....
Jadikan zaman sekarang yang kite tempuh sebagai REMAJA yang tahu akan hala tuju kehidupan,pandai mencari sahabat,pandai menilai peluang untuk berjaya,pandai membuat perhitungan mana yang baik dan mana yang tak,pandai mencari kekutan diri dan yang paling penting sentiasa merujuk kepada ALLAH,AL-QURAN dan AL-SUNNAH...InsyaALLAH....
Inilah Uniform Sekolah yang pernah tersarung di tubuh kite selama 7 tahun
Sahabat...Pilihlah mana yang kamu inginkan sebagai sahabat...Baik tingkah lakunya,baiklah akn kamu perolehi darinya,buruk tingkah lakunya,buruklah yang kamu akn perolehi...Waallahhu'alam.
Terima Kasih Kawan @ Sahabat...
Inilah pendorong semangat aku untuk terus berjaya...Ibu,Ayah,dan Adik-Beradik...
Terima Kasih Ibu,Ayah,dan Adik-Beradikku
CIKGU... Dialah pendidik,kawan,sahabat,kaunseling,ibu dan ayah,adik-beradik serta dialah insan yang membakar diri untuk menerangi aku dan kawan-kawanku...
Terima Kasih cikgu
Comments
Post a Comment