Genap 1 Tahun
Sudah genap aku bekerja sebagai pembantu tadbir di salah satu pejabat parti... Terlalu muda untuk terlibat dalam dunia politik.. Itulah kata2 dari orang yang lebih berusia dari aku.., Tapi aku gagahkan jua untuk bekerja di pejabat tersebut sebagai pembantu pejabat dalam erti kata lain aku adalah kuli kepada mereka ( bahasa kasar ) hehehe... Seronok,geram,bosan,"tragis",fedap dan mcm2 lagi yang aku lalui sepanjang setahun aku bekerja di sana.. Bos,SUB,dan SUK semua bertukar... Pemilihan yang baru tmpt tersebut di gantikan dengan orang yang baru jua... Itulah pengalaman yang berharga.. aku bukan berkelulusan PHD mahupun Ijazah Sarjana Muda.. Aku hanya budak biasa yang berkelulusan SPM dan STPM... Tapi percayalah pengalaman yang akan mematangkan seseorang individu tersebut.. Di mana pon tempat kalian bekerja pasti ada ombak yang membadai... Itulah yang aku rasakan sekarang.. Aku kena kuatkan semangat dan yakin akan kebolehan.. Kumpul segala pengalama dan kuasai bidang tersebut secara sedikit demi sedikit untuk berjaya di masa hadapan.. Aku pengang akan kata seorang abang dan kakakku... " Nak berjaya kena tahan akan maki dan hamun orang, demi masa depan kita ". Itulah yang aku cuba aplikasikan dalam hidup aku sekarang... InsyaALLAH niat bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan bekerja kerana ALLAH, akan ada hikmah yang menanti...
Salam.
Ikhlas C Pembantu Tadbir
Salam.
Ikhlas C Pembantu Tadbir
Comments
Post a Comment